Saturday, August 13, 2011
good bye hometown!
selamat Pagi semua. Alhamdulillah, hari ni kita dah berada pada fasa kedua Ramadhan. 13 Ramadhan . Syukur alhamdulillah masih bernyawa pada saat dan ketika ini.
Oh, my entry ni. just nak cakap good bye to my so-called tanah tumpah darahku, tempat kelahiranku, Kelantan Darul Naim ! jyeahhh! After almost 3 weeks stayed here, today i'm leaving. I came here before Ramadhan, which is on Teusday and today, on Augst 13, I will be back to my so-called home sweet home ! weeee~
Harini, for the first time, I will break fast dekat rumah sendiri! wawawaa. excited meyh. First time beriftar di Klang. New environment for of course :D
Saya dah rindu nak jumpa dengan muchy2 saya yang sangat nakal itu. And its time for me to shopping with my daddy and mummy * eyhh, gedik sungguh, abah dengan umi lah:P * :D Budak-budak kecik tu tinggal kat rumah je. balance 2 weeks before celerbating raya, its my turn to shopping! hehe^^
Ah, panjang lebar betul mukadimah nyer. In a few hours from now, I will arrived Selangor ! * okay tak sabar * weeee~ Depart 9.15 am from Pengkalan Chepa and insyaAllah arrive at 10.15 am at KLIA. And at 3 pm, nenek will be heading to Jeddah International Airport to perform umrah. May everything goes very well. May nenek have a very safe long journey, insyaAllah.
* agak-agaknya, apa perasaan adik2 aku eh ? excited tak nak menunggu kakak dorang pulang dan bermaharajalela di rumah ? keh3 xD
Sunday, July 31, 2011
siapa yang tak nak pandai ?
Hai semua ! kembali lagi kita bersama. hihi^^
okay, kali ni aku nak coret2 sikit pasal pandai or berjaya lah kita boleh cakap. Kalau nak pandai or berjaya, memang kita takleh tunggu duduk terconggok dekat tepi tangga. Tunggu bila lah 'pandai' tu nak tergolek2 sampai dekat kaki kita. Lepas tu kita boleh kutip. Oh, dream on baby ! benda tu takkan jadi! Kita tak boleh nak tunggu bulan jatuh ke riba sebab bulan tu memang takkan jatuh. so sama la macam pandai ni. kita memang kena usaha keras untuk capai target kita.
Dan, ada orang cakap lagi, kalau nak sampai puncak kejayaan tu, banyak sangat halangan dengan rintangan dia. banyan orang dah jatuh dalam pada nak sampai atas tu. ramai dah rasa sakit2, lebam2, segala macam lah. nampak sangat lah susah sangat nak naik atas sekali tu. aku ada baca satu quote ni. yang cakap, Bill Gates tu dulu sape je kalau nak dibandingkan dengan kawan dia yang pandai tu. tapi at last, Bill Gates tu owner Microsoft dan kawan dia tu hanyalah engineer dekat dalam tu ! bukan itu saje, datuk kfc tu, sebelum dia boleh bangunkan kfc sampai dah ada banyak rangkaian dsekarang, dah banyak kali jatuh. dia dah guna buat banyak kali cubaan nak buat tepung yang salut dekat ayam goreng tu. dah banyak kali dia cuba. at last, setelah sekian lama, baru lah dia berjaya! okay, 1 lagi, kenal tak Boon Siew? dia lah Mr Honda. dia takde education apa pun. kerja mechanic je. lama dia kerja tu, baru lah berjinak2 dalam kerja2 mekanik tu, barulah dia berjaya buat group dia sendiri. sampai sekarang Honda tu wujud.
hah, macam mana kita2 ni nak berjaya macam diorang ? nak pandai sama macam diorang? benda ni sebenarnya, bukan mudah. kita kalau tak sanggup nak tempuh semua halangan2 dia tu, susah lah. ramai dah give up di tengah jalan nak menuju ke puncak. macam mana kita nak grab success tu kalau belum sampai separuh jalan lagi kita dah give up? usaha tu sangat lah penting. tetapi, dengan usaha je, tak boleh juga. kita sebagai umat Islam, mestilah berdoa dan seterusnya bertawakallah kepada Allah s.w.t. dengan berkat yang kita perolehi dari-Nya, insyaAllah kejayaan tu milik kita. Apa-apa pun, kita mesti sentiasa ingat dekat pencipta kita tu. hanya pada Dia lah kita meminta. kalau kita dah buat semua tu, tapi tak dapat, insyaAllah ada la tu benda lain yang telah ditentukan untuk kita. jangan lah kita kalau dah buat semua tu, tapi still tak dapat kecapi apa yang kita nak, terus je kita tinggal doa, usaha semua tu. itu salah ya.
Aku, kalau nak berbicara pasal kejayaan, aku belum mengecapi kejayaan tu lagi. Banyak dah aku lalui tp masih belum ada rezeki. belum ada yang boleh membuat aku ni puas hati. yelah manusia kan, memang tak puas2 :| Aku sendiri, merungut jugak kalau dapat benda yang susah. Ingat lagi masa aku dapat offer buat foundation in law dlu. sebelum masuk uitm tu, selalu cakap dekat abah, aku cakap, ramai orang cakap course tu susah. then abah cakap, nak dengar orang cakap buat apa. itu atas diri masing2 lah. macam mana kita nk handle. and, semua benda, memang lah susah. takde yang senang pun. kalau kta dah get used, baru lah kita boleh cakap benda tu senang. ni sume mainan otak, minda kita je. dah kita fikir susah, lepas tu tak pernah cuba lagi, memang macam tu lah yang kita2 ni selalu fikir. masa dulu, bila aku belajar mula2 masuk kelas law tu, ya Allah, susahnya ! dengan akta, seksyen2 semua tu. aduh, nak menangis ! budak umur 18 tahun, dah didedahkan dengan Federal Constitution ( Perlembagaan Persekutuan ), Penal Code. hah, mana otak ni nak dapat adapt kan. Tapi dah lama, dah boleh hafal act-act yang femes yang selalu masuk dalam exam. macam orang kata, alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah boleh. Tapi tu lah. mungkin rezeki aku bukan dekat school of law sebab aku kandas dekat MUET. tak capai band 4, so bye2 je lah :| tapi aku terima semua tu. sebab, orang kata Bachelor Legal Studies ni susah *again, aku fikir dia susah -___________-* huwuuu. so, aku dapat lah buat Bachelor in Administrative Science and policies Study. Apa benda course pun aku tak tahu ! seriusss ! masa dapat course ni dlu, memang aku tak tahu apa2. kebanyakkan budak foundation law yang tak dapat continue BLS, akan masuk ke course BAS ni. tak pun BCA, Bachelor in corporate Admin. Dia macam sepupu je dua course ni. Tapi dah nak masuk ke sem 2 ni, aku dah terdedah sikit lah pasal apa course ni. And, aim aku, nak graduate dengan first class degree. InsyaAllah. benda tu tak senang! aku selalu cakap dekat diri sendiri. susah tu nak first class degree. jadi, memang kita kena selalu usaha + berdoa + tawakal . diharapkan jalan ni Allah permudahkan untuk aku. Nanti dah grad, boleh apply untuk jadi PTD, pegawai tadbir diplomatik or ada orang panggil duta lah. pergi kerja jauh2, dapat gaji sedap sikit, boleh bantu abah, umi, adik2 mana yang still skolah lagi tu. and again, dengar2, exam nak lepas ke PTD tu susah sangat. berapa orang je yang lepas -__________- ok dah, semua aku susah. kalau abah tahu ni, haih !
aim sekarang memang nak berjaya ! yeah. semangat berkobar gila kan. sape tak nak pandai, hidup senang semua kan. tapi, ingat, kita kena seimbangkan lah antara dunia dengan akhirat ni. ilmu dua2 tu kena seimbang. aku pun still belajar. tak semua aku tahu. so, kita sama2 lah kan kumpul ilmu2 tu. bila tengok kejayaan orang2 terdekat, semua berjaya. semua masuk universiti, kerja bagus2. Abah : uum , Umi : ukm . adik beradik umi, semua pun masuk u. Cik Ngah : Canberra, Australia , Cik Lah : uia , Cik Yah : usm , Cik De : Uitm , Cik Ana : upsi , Cik hanan : um , Pak Su Apih : unikl . and me ? uitm. Alhamdulillah. aku nak berjaya macam semua orang. nak sampai aku terima scroll ijazah tu. Selama ni, semua konvokesyen makcik pakcik aku pergi. InsyaAllah tak lama lagi, dorang semua datang tengok aku pula. Semoga Allah permudahkan segala-galanya.
Jadi kawan-kawan semua, jom lah kita kejar kejayaan tu. Jom lah kita pandaikan diri kita. InsyaAllah dengan izin-Nya, kejayaan tu milik kita. Amin. . .
* jangan pandai buat benda tak elok pula ye -_- *
Saturday, July 23, 2011
Kekal sihat bersama saya! [ 1 ]
Assalamualaikum. . .
Hai, apa khabar semua ? harap-harap, baik lah hendaknya ye :D
Okay, entry kali ni, aku nak kongsi pasal buah. Yes, buah. Haa, korang semua mesti ada buah yg korang suka makan kannn. Aku pun ada. Banyak juga lah yang aku suka makan. Salah satunya, aku suka kiwi. So, entry ni khas untuk kiwi je.
Nah, kiwi, kalau dapat yang manis tu, memang manis sangat. Aku suka sangat tambah-tambah kalau yg fresh keluar dari peti tu. Fuhhhh, sejuk habis lah. Kiwi aku suka makan belah 2 je. Lepas tu kita korek dengan sudu pula. Dapat rasa kenikmatan gitu. Hehe. Dekat restoran, kalau terasa nak minum air buah, kiwi salah satunya lah. Selain daripada hidangan air, aku jugak suka makan buah dia. Hidangan buah kiwi yang diamalkan setiap hari dapat meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kalau korang nak tahu, kiwi yg jugak disebut Chinese gooseberry berasal dari Cina kemudian dibawa oleh orang Inggeris dan dikembangkan di New Zealand. Sekarang, New Zealand lah yang jadi pengeluar utama buah kiwi ni.
Kiwi ni banyak khasiat dia. Kalau nak tahu, dia kaya dengan vitamin, nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain pilihan diet harian yang mudah ! J Aku sempat lah godek2 google pasal nak tahu ada apa disebalik buah ni. Menurut fakta, buah kiwi ada 2 kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren, 2 kali ganda vitamin E berbanding avokado ( sedap tak avokado ?? aku x pernah rasa lagi buah avokado ni ) dan hanya separuh kalori berbanding yang lain ! okay, ini tidak tipu! Yes ! Nah, selain itu, buah ni juga kaya dengan serat yang sangat sesuai untuk korang yg tengah berjinak-jinak dengan program diet J
Okay, dalam pada sekarang ni, banyak sangat virus-virus yang mula merebak dalam kalangan masyarakat di dunia ni, macam wirus influenza H1N1, buah kiwi ni jadi salah satu buah yang kaya dengan bahan imunisasi. So, makanlah kiwi !
Hidangan dia, macam-macam kita boleh buat. Sebagai contoh, boleh dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga kalau kkta nk makan dengan kulit. Tapi aku tak pernah la pula nak makan dengan kulit-kulit dia sekali. Macam kelat je rasanya. Hehe :P so, aku makan buah dia je la. Oh, korang boleh makan dia, potong kepada 2 bahagian, atau belah 2 la senang cite. Pastu cedok je dengan sudu. Macam ni,
Sedap yaww kalau dia betul2 manis! You guys should try it !
Berikutan khasiatnya yang tinggi, amalan memakan buah kiwi wajar dijadikan aturan baru dalam diet harian untuk kesihatan menyeluruh. Dengan pemgambilan buah kiwi setiap hari, kita tidak perlu lagi ambik sumplemen-suplemen tambahan sama ada pil ke minuman ke sebab buah kiwi ni je pun dah ada semua jenis khasiat yang badan kita perlukan. Jadi, selamat mencuba !
* ohhhh, adik-adik aku, sebiji je tak cukup untuk sehari, last-last, aku jugak yang terpinggir sebab kiwi dah tinggal sikit -___________-
Thursday, July 14, 2011
NOVEL
Assalamualaikum . . .
Hai semua ! Selamat pagi ! :) pagi-pagi yang nyaman ni, terasa nak update entry pulaa :)
Entry kali ni, aku nak share sikit pasal my collection of novel karya Hlovate from Jemari Seni.
HLOVATE. Aku memang minat sangat dengan cara penulisan dia. Bukan lah aku xde novel-novel terbitan lain, tapi Hlovate ni aku ada semua. Kalau dari publisher lain tu, aku akan tengok pada tajuk cerita tu, tapi kalau Jemari Seni, aku akan cari Hlovate, terus beli. Xde nak tengok tajuk2 dah. Hehe. Mula-mula, aku beli Rooftop Rant > 5 tahun 5 bulan > aA + bB > Tunas > Versus > Contengan Jalanan > Pelangi > Gurindam Jiwa. *Pelangi dengan Gurindam Jiwa ni 3 cerita dalam 1 novel. Memang lengkap, semua ada tersusun dekat rak ni ha. Eheee xD I think cerita Hlovate je best kot. Eheee xD * Aku kenal novel dia ni sebab kawan aku suruh baca Rooftop Rant. Novel ni la novel pertama dia yang aku baca. You guys must read ! serious tak menyesal beli. Best sangat tulisan Hlovate. Aku tak tau kenapa tapi best lah. Ayat-ayat yang dia guna tak berat. Cukup sempoi untuk membuatkan aku gelak sorang-sorang. Hahaha! :P Lagi satu, novel dia tak terikat dengan kisah cinta yang berat-berat macam sesetengah cerita tu. So, aku suka lah. Ada dia masukkan cerita kekeluargaan. Ahh, macam dalam dalam Gurindam Jiwa, Hlovate tulis cerita Schubert’s Serenade. Kisah cinta tu sikit sangat. Cerita ni more on kekeluargaan. Pasal keluarga tiri yang sangat rapat. Tapi last-last sedih sangat. Nak tahu macam mana, beli lah J
Semua novel ni ada kaitan. That’s why kena beli. Dia macam ada kesinambungan gitu. Tapi bukan lah 8 novel ni, hanya 1 cerita je. Ada 2,3 cerita. Yang kesinambungan tu maksud aku, aA + bB ada kaitan dgn Tunas. Versus ada kaitan dengan Pelangi. Listen to me, you must get this novel! Bacalah. Cerita Hlovate banyak pengajaran yg kita boleh dapat. Ada unsur-unsur islamik sikit. Yang paling berkesan sekali dalam diri aku ni, novel Contengan Jalanan. Novel ni memang cukup untuk membuka mata dan hati para pembaca untuk merenung apa yang kita telah lalui selama kita hidup ni. Contengan Jalanan ada 2 kisah, I-Fend dgn K-II ( K square). So, bolehlah kita renung-renungkan sikit. Secara tak langsung, kita boleh try untuk ubah diri kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.
Ahahhh, celoteh je lebih kan. Next entry, aku akan preview kan setiap novel tu. *kalau ada kesempatan untuk menulis lagi lah* uhuk3