Saturday, July 23, 2011

Kekal sihat bersama saya! [ 1 ]

Assalamualaikum. . .

Hai, apa khabar semua ? harap-harap, baik lah hendaknya ye :D

Okay, entry kali ni, aku nak kongsi pasal buah. Yes, buah. Haa, korang semua mesti ada buah yg korang suka makan kannn. Aku pun ada. Banyak juga lah yang aku suka makan. Salah satunya, aku suka kiwi. So, entry ni khas untuk kiwi je.

Nah, kiwi, kalau dapat yang manis tu, memang manis sangat. Aku suka sangat tambah-tambah kalau yg fresh keluar dari peti tu. Fuhhhh, sejuk habis lah. Kiwi aku suka makan belah 2 je. Lepas tu kita korek dengan sudu pula. Dapat rasa kenikmatan gitu. Hehe. Dekat restoran, kalau terasa nak minum air buah, kiwi salah satunya lah. Selain daripada hidangan air, aku jugak suka makan buah dia. Hidangan buah kiwi yang diamalkan setiap hari dapat meningkatkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kalau korang nak tahu, kiwi yg jugak disebut Chinese gooseberry berasal dari Cina kemudian dibawa oleh orang Inggeris dan dikembangkan di New Zealand. Sekarang, New Zealand lah yang jadi pengeluar utama buah kiwi ni.

Kiwi ni banyak khasiat dia. Kalau nak tahu, dia kaya dengan vitamin, nutrien yang membantu mencegah penyakit, memberi tenaga selain pilihan diet harian yang mudah ! J Aku sempat lah godek2 google pasal nak tahu ada apa disebalik buah ni. Menurut fakta, buah kiwi ada 2 kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren, 2 kali ganda vitamin E berbanding avokado ( sedap tak avokado ?? aku x pernah rasa lagi buah avokado ni ) dan hanya separuh kalori berbanding yang lain ! okay, ini tidak tipu! Yes ! Nah, selain itu, buah ni juga kaya dengan serat yang sangat sesuai untuk korang yg tengah berjinak-jinak dengan program diet J

Okay, dalam pada sekarang ni, banyak sangat virus-virus yang mula merebak dalam kalangan masyarakat di dunia ni, macam wirus influenza H1N1, buah kiwi ni jadi salah satu buah yang kaya dengan bahan imunisasi. So, makanlah kiwi !

Hidangan dia, macam-macam kita boleh buat. Sebagai contoh, boleh dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga kalau kkta nk makan dengan kulit. Tapi aku tak pernah la pula nak makan dengan kulit-kulit dia sekali. Macam kelat je rasanya. Hehe :P so, aku makan buah dia je la. Oh, korang boleh makan dia, potong kepada 2 bahagian, atau belah 2 la senang cite. Pastu cedok je dengan sudu. Macam ni,

Sedap yaww kalau dia betul2 manis! You guys should try it !


Berikutan khasiatnya yang tinggi, amalan memakan buah kiwi wajar dijadikan aturan baru dalam diet harian untuk kesihatan menyeluruh. Dengan pemgambilan buah kiwi setiap hari, kita tidak perlu lagi ambik sumplemen-suplemen tambahan sama ada pil ke minuman ke sebab buah kiwi ni je pun dah ada semua jenis khasiat yang badan kita perlukan. Jadi, selamat mencuba !


* ohhhh, adik-adik aku, sebiji je tak cukup untuk sehari, last-last, aku jugak yang terpinggir sebab kiwi dah tinggal sikit -___________-

0 comments: