Thursday, July 14, 2011

NOVEL

Assalamualaikum . . .

Hai semua ! Selamat pagi ! :) pagi-pagi yang nyaman ni, terasa nak update entry pulaa :)


Entry kali ni, aku nak share sikit pasal my collection of novel karya Hlovate from Jemari Seni.



HLOVATE. Aku memang minat sangat dengan cara penulisan dia. Bukan lah aku xde novel-novel terbitan lain, tapi Hlovate ni aku ada semua. Kalau dari publisher lain tu, aku akan tengok pada tajuk cerita tu, tapi kalau Jemari Seni, aku akan cari Hlovate, terus beli. Xde nak tengok tajuk2 dah. Hehe. Mula-mula, aku beli Rooftop Rant > 5 tahun 5 bulan > aA + bB > Tunas > Versus > Contengan Jalanan > Pelangi > Gurindam Jiwa. *Pelangi dengan Gurindam Jiwa ni 3 cerita dalam 1 novel. Memang lengkap, semua ada tersusun dekat rak ni ha. Eheee xD I think cerita Hlovate je best kot. Eheee xD * Aku kenal novel dia ni sebab kawan aku suruh baca Rooftop Rant. Novel ni la novel pertama dia yang aku baca. You guys must read ! serious tak menyesal beli. Best sangat tulisan Hlovate. Aku tak tau kenapa tapi best lah. Ayat-ayat yang dia guna tak berat. Cukup sempoi untuk membuatkan aku gelak sorang-sorang. Hahaha! :P Lagi satu, novel dia tak terikat dengan kisah cinta yang berat-berat macam sesetengah cerita tu. So, aku suka lah. Ada dia masukkan cerita kekeluargaan. Ahh, macam dalam dalam Gurindam Jiwa, Hlovate tulis cerita Schubert’s Serenade. Kisah cinta tu sikit sangat. Cerita ni more on kekeluargaan. Pasal keluarga tiri yang sangat rapat. Tapi last-last sedih sangat. Nak tahu macam mana, beli lah J

Semua novel ni ada kaitan. That’s why kena beli. Dia macam ada kesinambungan gitu. Tapi bukan lah 8 novel ni, hanya 1 cerita je. Ada 2,3 cerita. Yang kesinambungan tu maksud aku, aA + bB ada kaitan dgn Tunas. Versus ada kaitan dengan Pelangi. Listen to me, you must get this novel! Bacalah. Cerita Hlovate banyak pengajaran yg kita boleh dapat. Ada unsur-unsur islamik sikit. Yang paling berkesan sekali dalam diri aku ni, novel Contengan Jalanan. Novel ni memang cukup untuk membuka mata dan hati para pembaca untuk merenung apa yang kita telah lalui selama kita hidup ni. Contengan Jalanan ada 2 kisah, I-Fend dgn K-II ( K square). So, bolehlah kita renung-renungkan sikit. Secara tak langsung, kita boleh try untuk ubah diri kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.

Ahahhh, celoteh je lebih kan. Next entry, aku akan preview kan setiap novel tu. *kalau ada kesempatan untuk menulis lagi lah* uhuk3

2 comments:

Hannani said...

aq xde pelangi ngan contengan jalanan..jom la weh teman aq cri novel sb2 nie..

.mady. said...

sabtu ? ala nanieee, aku xde sabtu ni. klau next time boleh :D
dekat mph banyak.